BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 9, 2010

Jasa Bonda

Buat Ibuku (Umi)

Bonda…

Dirimu mengandungkan daku 9 bulan 10 hari
Lahirku disambut penuh syukur
Memenuhi keperluanku seadanya
Tanpa pernah mengeluh
Tanpa pernah mengungkit
Tanpa penat dan lelah
Memerah keringat
Membesarkan daku sendirian

Bonda…

Engkaulah insan berjasa
Menyekolahkanku sehingga mengenal 123…ABC…ا ب ت…
Walaupun dirimu hanya tinggal di desa
Ditinggalkan suami tanpa sebarang berita
Namun dirimu tetap tabah
Demi anak2 engkau tempuh segalanya
Engkau sering berkata…
Hanya ilmu yang mampu umi bagi
Tiada harta untuk umi beri…
Kejayaanku menjadi harapanmu
Umi…daku gembira kerana
Saban tahun dirimu dapat melihatku
Di pentas sekolah
Kuhadiahkan kejayaan padamu
Pengorbananmu tak sia2…

Namun…
Itulah reality kehidupan…
Hidup ini ibarat roda
Kita xkan berada di atas selamanya
Ku hampir tewas dalam mengejar cita2 ku
Namun dirimu tak pernah menyalahkan ku…
Sokongan mu tak pernah padam
Nasihatmu azimat begitu berharga
Keranamu aku meneruskan cita2

Marahmu tanda sayang
Teguranmu suatu peringatan
Untuk kebaikanku di masa depan

Bonda…

Kemaafan jua ku pinta darimu
Kerana seringkali keputusanku
Membuat engkau berkecil hati…
Namun, engkau tetap memahami
Baru sekarang daku mengerti
Segalanya demi masa depanku…

Dirimu x pernah kulupa
Takkan pernah tuk melupakanmu
Wajahmu sentiasa terbayang di mata
Titipan doa untuk dirimu x pernah kulupa
Tanda ingatanku buatmu setiap masa
Walaupun suami sudah menjadi keutamaan ku kini
Namun diri mu sentiasa di hati
Semoga daku juga seperti dirimu umi
Seorang wanita yang tabah & sabar
Menghadapi setiap dugaan dari Allah

Bonda…

Walaupun dirimu risau dengan status ku kini
Namun, ia bukanlah penghalang
Kerana doamu & suami adalah pendorongku kini…
Akan ku hadiahkan padamu nanti segulung ijazah
Segalanya untuk dirimu umi…
Akan ku bela nasibmu umi…
Kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku
Semoga Allah sentiasa merahmatimu ibu…
Di dunia & akhirat…

Jasa Bonda
(Warisan)

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Monday, March 8, 2010

Sedekah melalui Senyuman ^_^



Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

Senyum itu sedekah? Begitu mudah untuk mendapat pahala sedekah tanpa mengeluarkan wang ringgit atau peluh ! Tapi, benarkah senyum itu mudah? Senyum adalah luahan batin. Ia merupakan ciri khas makhluk yang bernama manusia. Manusia mudah jatuh hati pada seseorang yang tersenyum. Senyum juga mampu menumbuhkan rasa gembira, menyebabkan hati menjadi damai. Senyum juga mampu mengusir duka.

Sebaliknya, tanpa senyum, orang akan menjauhkan diri dari kita. Manusia cenderung untuk tidak menyukai sikap sombong, angkuh, kasar dan bengis…dan semuanya wujud tanpa senyuman. Firman Allah SWT., "Maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (QS. Ali-Imran : 159).


Pengikat Hati.

Senyum adalah sarana pengikat hati, pertautan jiwa. Ia mampu memberi kesan lebih daripada apa yang boleh dilahirkan oleh nilai kebendaan. Harta saja tidak mampu menjadi sarana pengikat hati.

Ini terbukti apabila organisasi ekonomi yang bergelumang dengan kebendaan tidak mampu mewujukan ikatan hati. Kesatuan hati dan jiwa mesti diliputi dengan suasana ruh yang terpancar dari ruh Allah. Itulah cinta. Cinta yang mampu melahirkan senyuman dari dalam hati, yang mampu melapangkan dada.

Cinta yang membebaskan sebarang perbezaan dan berasal dari Najran yang kasar. Tiba-tiba saja seorang Arab Badwi datang dan menarik serban Rasulullah secara kasar. Aku (Anas bin Malik) melihat bahu Rasulullah melecet akibat tarikan kasar orang Arab Badwi itu. Orang itu berkata, "Ya Muhammad, perintahkan agar aku memperolehi harta yang Allah berikan kepadamu." Rasul menoleh dan tersenyum kepadanya, lalu memerintahkan agar dia mendapat hadiah.


Beragam Senyum.

Tidak semua senyum itu sejati. Ada senyum yang muncul mewakili perasaan (ibtisamah syu'uriyah), ada juga senyum dusta (ibtisamah ghaira haqiqiyah).

Senyum yang lahir dari perasaan adalah senyum sejati. Ia hadir saat seorang Muslim bertemu dengan saudaranya atau menyaksikan peristiwa yang mengundang senyum. Peribadi Rasulullah SAW sentiasa dihiasi dengan sifat ini. Abdullah bin Harits mengatakan, "Saya belum pernah melihat seorang pun yang paling banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." (Riwayat Ahmad).

Bukhari juga telah meriwayatkan sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasul SAW tersenyum melihat para wanita yang lari lintang-pukang apabila mengetahui Umar bin Khattab ra akan datang. "Engkau lebih keras dan kasar berbanding Rasul SAW." Kata para wanita kepada Umar ra apabila ditanya Kenapa reaksi mereka sebegitu rupa.

Senyum ketika mendengar berita gembira juga termasuk dalam senyum sejati. Sebagaimana yang dilakukan oleh Abu Bakar ra apabila beliau dipilih oleh Rasul SAW untuk menemani baginda berhijrah ke Madinah. Ketika itu Abu Bakar ra tersenyum hingga menitiskan air mata kegembiraan.

Senyum juga boleh menguntum hasil daripada perasaan kecewa dan sedih. Sebagaimana yang berlaku apabila Rasulullah SAW tersenyum kepada Ka'ab bin Malik (salah seorang dari tiga orang yang tidak turut serta dalam perang Tabuk). Ka'ab mengatakan, "Ketika aku datang kepadanya. Aku memberi salam, dan baginda tersenyum…"

Senyum dusta pula adalah hasil rekayasa (budaya atau dalam perancangan melaksanakan sesuatu). Senyuman yang menghiasi diri sekadar memperolehi manfaat dari orang yang dihadiahkan senyuman. Seperti senyuman seorang jejaka untuk memikat, senyuman para jurujual untuk menarik para pelanggan atau senyuman para peniaga untuk menjaga hati pembeli.

Senyum itu mudah? Senyuman yang tulus itu sukar. Senyuman yang dusta juga bukan suatu yang mudah. Oleh itu senyum yang menjadi sedekah juga bukan semudah yang kita bayangkan. Sesungguhnya, "Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum dibiasakan dengan kebaikan…." (Muhammad Qutb)

Sumber: MihwarOnline.com

Sunday, March 7, 2010

Musafir ke Pulau Mutiara!

Alhamdulillah...malam tadi hampir jam 8PM, umi telah selamat sampai di Hentian Sg. Nibong tempat perhentian bus2 express. Destinansi yang ingin di tuju ialah ke Kem Sg. Ara tempat abi bekerja... sementara tunggu abi datang ambik, umi wat solat jamak & Qasar di surau yang terdapat di perhentian tersebut...

Plan nak datang minggu depan, tapi disebabkan umi ada presentation hari juma'at, umi amik keputusan untuk datang lebih awal. Abi pun rindu juga nak jumpa, umi pun macam tu juga=) Alhamdulillah...akhirnya abi sampai juga=) Rindunya kat abi=)

Terima kasih buat pihak kem sg. Ara kerana memberikan rumah tetamu untuk menginap. Umi segan nak duk di mes bujang abi...sebab duk sebelah menyebelah dengan peg.2 lain=) Rumah tetamu ni 'privacy' sikit=) Apa pn, alhamdulillah Allah mengizinkan abi dan umi bertemu lagi=)

Thursday, March 4, 2010

Pada Siapa Patut Letak CINTA?

Oleh Dr Ikmal Online

Assalamualaikum,

Sebelum saya membicarakan bab pada siapa patut letak cinta ini saya ingin mengambil kesempatan merakamkan rasa dukacita tentang pemahaman bab “penderitaan mengundang bahagia“.

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?
Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami hilang.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci.

Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tahu.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.
Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah jumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:
“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”
Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu."

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

kita insan yang lemah!

sekali air bah...sekali pantai berubah!

bumi mane yang tak pernah di timpa hujan!

Itulah ungkapan yang seringkali kita dengar apabila kita berhadapan dengan konflik kehidupan... Memang benar kehidupan ini diciptakan sbg tempat ujian... Kita diberikan pelbagai nikmat oleh Allah untuk kita syukuri dan berusaha supaya nikmat itu tidak akan ditarik balik oleh Allah dengan melakukan segala perintahNya...dan menjauhi segala laranganNya...

Indahkan hidup ini kalu kita penuhi dengan kewajipan kita sbg seorang hamba... kalu kita diuji, maknanya Allah sayangkan kita sebab tanda Dia memerhatikan kita... Pasti ada hikmahnya atas apa yang menimpa kita... Kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah sebab Dia adalah pencipta kita... Terima kasih ya Tuhan kerana Engkau sentiasa memerhatikanku.. Ya Allah, kami memohon agar diri kami ini tidak dibiarkan tanpa pimpinanMu dan hidayahMu...

sesekali...ujian itu menyedarkan kita tentang sesuatu perkara yang kita "overlook" @terlepas pandang & amik mudah... Kadang2 benda yang remeh temeh pun kita berselisih. Ia berlaku sesama pemimpin masyarakat, sahabat, kawan, suami, isteri, ibu, ayah...dan oleh sesiapa sahaja. selagi kita ini bergelar manusia, selagi itulah kita x kan terlepas dari salah & silap... Alhamdulillah...sebab Allah menyedarkan kita...kerana sebenarnya Dia sayangkan hambaNya...

Saturday, February 27, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABI'UL AWWAL 1431H

Monday, February 22, 2010

SPECIAL FOR HUBBY ^_^

Assalamualaikum suamiku tersayang...

Umi rindu sangat2 kat abi sayang... Dah lebih 1 minggu kita x jumpa kan=( Umi dapat rasakan kerinduan abi pada umi juga... Kita sama2 tabahkan hati y sayangku...Umi juga x sabar nak jumpa abi lagi=) InsyaAllah, lepas abi balik dari operasi nanti kita jumpa y=) Nti umi bawa kek coklat yang special lagi untuk abi, hehe... Bakal anak2 umi & abi yang di kasihi semua, abi suka makan kek coklat yang umi buat=) Erm, umi buat sendiri, hehe... Umi baru je wat biz kek coklat ni kecik2...itu pun secara kebetulan=)... "Apa je yang umi masak abi pasti cakap suka, sedap!!!=) hehe...syukran ya habibi=)

Alhamdulillah...x lama lagi abi akan pulang ke kem kat penang semula 4hb depan...Semoga abi selamat sampai sayang=) Now, abi kat Tasik Banding, Perak kerana turut serta dalam operasi PATI (Pendatang asing tanpa izin) bermula di kawasan tersebut...

Nanti, bersempena hari Maulidur Rasul hari jumaat ni (26hb) abi akan bagi ceramah sikit berkenaan hari mulia tersebut... Abi cakap ni 1st time ni bagi ceramah kat tempat umum dengan di hadiri orang besar2 dalam ATM=) InsyaAllah, lepas ni abi akan start jadi khatib untuk khutbah jum'at plak=) Semoga Allah mempermudahkan segala urusan abi sayangku, amin... umi x sabar nak dengar tazkirah abi lagi=)

Umi doakan agar anak2 umi & abi nanti pun akan mengikuti jejak langgah abi jugak, same2 menjadi seorang daei=)InsyaAllah...amin... Lagipun, para daei yang mengajak orang kembali kepada Allah ini sangat lah hebat pahalanya di sisi Allah swt... InsyaAllah...nanti umi kongsikan kelebihan2 tersebut ek=) Umi juga sedang belajar dalam usaha untuk menjadi daei jg insyaAllah...semoga Allah bagi kekuatan...

Petua 8 P dr Ustazah Siti Nur Bahyah

Assalamualaikum wbt…


Kali ini umi nak berkongsi informasi berguna dengan abi dan visitors blog umi tentang petua kebahagiaan rumah tangga… Umi copy & paste je ni kat internet=) semoga bermanfaat untuk semua… tulisan color hijau adalah pendapat umi=)

Petua 8 P dr Ustazah Siti Nur Bahyah

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. Pujian ikhlas daripada pasangan kita adalah suatu contoh penghargaan yang sangat bermakna. Memang wajar sangat2 kita saling berterima kasih antara suami isteri hatta mungkin hal tersebut remeh temeh bagi sesetengah orang mcm umi dan abi selalu berterima kasih jika abi @umi call=) “Terima kasih sayang telefon…^_^”

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Umi setuju dengan ustazah… abi selalu peluk umi erat2 terutamanya saat umi bersedih…pujukan dan pelukan abi sangat menenangkan umi…terima kasih sayangku. kasih sayang itu kan harus ditunjukkan juga dengan perbuatan spt sentuhan…

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Hidup berumahtangga ni adalah perkongsian segala2nya. Maka wajarlah, suami dan isteri saling menghargai setiap pengorbanan yang pasangan kita lakukan…

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. Suami dan isteri harus mengambil berat antara satu dengan yang lain. suami dan isteri mestilah peka akan keperluan rumahtangga spt kasih sayang…hormat-menghormati…bertolak-ansur supaya kuatnya ikatan suci perkahwinan tersebut… selain itu, suami wajib menitikberatkan pendidikan agama terhadap keluarganya.

5) P seterusnya mewakili 'persefahaman'. Sifat ini amat penting juga kerana persefahaman itu akan menjamin kerukunan rumahtangga tersebut sampai bila2, insyaAllah. Sebab kalu x de persefahaman macam mane nak kekalkan hubungan suami isteri itu sampai hujung nyawa? Try hayati contoh peribahasa ini: Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

6) P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Cara hidup Islam begitu sempurna…penuh dengan adab2@akhlaq. Bagi isteri, peliharalah akhlaq kita sebagai isteri agar kita berjaya memperolehi redha suami kita… bagi suami, jagalah amanah ini (isteri) elok2 agar rumah tangga kita mendapat rahmat dari Allah… jagalah perasaan pasangan kita, jangan sesekali mengkhianati kepercayaan yang diberikan…

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. “privacy”=) sekali sekala apa salahnya untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang dan kemesraan antara suami isteri…

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Umi yakin…bila kita menjaga hak2 Allah, Dia akan menjaga pula hak2 kita… kita hendaklah selalu berdoa mengharapkan perlindungan daripada Allah dari segala fitnah dunia… Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. “Doa senjata Mukmin”

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

Apapun…bila hati kita ini rindu dan cinta pada Allah dan RasulNya, maka kita akan mendapatkan juga cinta dan kasih sayang daripada manusia. Lagipun, hidup di dunia ini hanyalah sementara. Apa sahaja rezeki (anak2, isteri, suami, keje, dll) yang kita perolehi ini hanyalah pinjaman sebelum kita kembali kepada Rabb kita…

Mensyukuri Nikmat
Munsyid : Rabbani


Hidup Bagai Di Persimpangan
Antara Bermacam Tarikan
Pada Kebaikan Atau Kejahatan
Cabaran Jua Cubaan
Sesungguhnya Kita Insan Dhaif
Lemah Dan Kealpaan
Segala Nikmat Datang Dan Pergi
Mengundang Kita Bersyukur


Nikmat Ditambah Bagi Yang Syukur
Azab Disedia Bagi Yang Kufur
Rezeki Melimpah...Beringatlah
Agar Tiada Hilang Keberkatannya
Berzakatlah...Mendermalah...
Moga Bersih Harta Yang Tersimpan
Ia Menjamin...Sejahtera
Bahagia Di Dunia Akhirat


Aa...Aa...Aa...Aa...
Pembaziran Merugikan
Menyiksakan Pada Yang Tak Punya
Berjimat Itu Satu Kemuliaan
Menyelamatkan Apa Kemungkinan

Sunday, February 21, 2010

kasih yang suci

Buat bakal anak2 umi & abi…

Walaupun ketika umi menulis entry ini, anak2 umi yang disayangi masih belum melihat dunia lagi… umi & abi akan terus menunggu dan menunggu kehadiranmu sayang ke dunia ini kerana abi & umi yakin yang suatu hari nanti Allah akan menganugerahkan zuriat buat umi & abi apabila telah tiba saat dan ketikanya…zuriat yang soleh dan solehah yang akan memperjuangkan Islam. Setiap ibubapa menginginkan anak2 yang bijak & sempurna, begitu juga dengan umi & abi... Semoga Allah permudahkan segalanya, amin...

Kami ingin bakal anak2 umi nanti menjadi lebih baik dari umi & abi dan menjadi contoh teladan masyarakat… tapi, kadang2 umi terfikir juga (tanpa pengetahuan abi) sempatkah umi untuk melahirkan anak2 umi semua…kerana hanya Allah sahaja yang tahu tentang ajal dan maut. Segalanya berada dalam genggaman Dia, yakni Allah Yang Maha Mengetahui… namun, umi selalu berdoa agar umi diberi kesempatan untuk bergelar seorang ibu… Abi juga begitu…

Anak2 umi yang dikasihi…

Sudah lebih setengah tahun umi berkahwin dengan abi…walaupun di awal perkahwinan dahulu umi dan abi risau sekiranya kami tak dapat membesarkan kalian dengan baik… ketika itu, umi masih lagi belajar di tahun akhir, semester ke2… abi pulak masa tua masih lagi mengajar di kajang. Abi & umi ingin anak2 membesar depan mata umi & abi…

Di awal perkahwinan abi x mampu lagi nak menyewa rumah sendiri…sebab abi belum mendapat keje tetap lagi… lagipun, umi kena tinggal dalam campus kerana Gombak dan kajang bukan lah dekat… abi dan umi redha… abi & umi jumpa sekali sekala pada hujung minggu… Alhamdulillah, walaupun demikian abi & umi tenang dan bahagia sangat2 dapat hidup bersama walaupun dalam serba kekurangan… abi sendiri banyak mengajar umi tentang erti kehidupan… kehidupan yang sederhana ini amat menenangkan…

“Setiap kesusahan pasti akan diiringi dengan kesenangan, umi bersabar y sayang…Allah menguji kita sebab Allah yakin kita mampu melaluinya…Allah tak pernah menyusahkan hamba2Nya…”  nasihat yang amat bermakna daripada abi…buat umi & bakal anak2 umi dan abi juga…

lama x update blog!!!

huh...dah hampir 2 minggu umi x update blog ni. Mase cuti CNY ari 2 pun sibuk dengan assignment...study untuk 2nd test...mcm2 lagi...

tapi...x lama lagi umi akan beralih ke dunia lain plak...seronok ada...sedih pun ada,huhu... bukan apa...masa berlalu begitu pantas sekali. Rasa baru semalam umi menjejakkan kaki ke bumi UIAM ini... sesuai sekali dengan jolokkan "Taman Ilmu & Budi".

InsyaAllah...awal bulan april nanti umi akan menamatkan pengajian disini...mohon Allah permudahkan segalanya, amin...

Banyak sungguh kenangan kat sini. mustahil umi dapat lupakan hingga hujung nyawa umi... Apa pun, kalu bukan kerana Dia, umi x mampu berada di sini...kalu bukan kerana Dia, x mungkin umi mengenali "usrah"... kalu bukan kerana Dia, x mampu untuk umi meneruskan langkah demi langkah untuk sampai ke tahap sekarang...kalu bukan kerana Dia, entah bagaimana kehidupan umi sekarang...hanya kerana Dia, umi masih lagi bernafas untuk terus meneroka kehidupan yang berliku-liku ini...kerana Dia juga umi merasa kuat walaupun pernah jatuh & hampir berputus asa dalam meneruskan perjuangan di bumi UIA ini... Dia ialah Allah Yang Maha Berkuasa. wahai anak2 umi & abi yang dikasihi semua, taatilah Allah & Rasulullah SAW... Cintailah mereka melebihi segala2nya... Susah macam mana pun kita, jangan sekali2 berputus asa pada rahmat Allah... Ketaatan dan kesabaran kita kepadaNya pasti ada ganjaran disisiNya...

Sunday, February 7, 2010

selamat berjuang Abiku sayang...

Sambungan cerita pg td yang bertajuk pagi ini...=)

Alhamdulillah suamiku telahpun selamat sampai di Penang pada pukul 1700 tadi...sekarang ni abi menumpang di rumah sewa adiknya (Ilyas). InsyaAllah, mungkin awal2 pagi esok mereka akan bertolak ke unit tempat suamiku akan bertugas nanti... Semoga Allah mempermudahkan urusanmu sayang...amin.

Erm, gembira juga tadi sebab dapat makan bersama abi dan 2 orang lagi adiknya (adik iparku) Maliki & Riduan singgah makan tengah hari kat UIA... umi bawa mereka makan kat HS. maklum je lah, mahallah umi ni semuanya pompuan...nak2 lagi tengah hari ni penuh lah cafe student turun makan=)...

Then, after makan mereka bertolak ke destinasi yang hendak di tuju...

Pagi ini...

Maaflah…baru sekarang umi dapat mengupdate biodata di blog yang baru di buat semalam… sebenarnya semalam dah janji nk kuar jumpa my hubby…ku panggil dia abang@abi...kadang2 sayang (panggilan manja) he3… maklumlah, kami ni PJJ (perkahwinan jarak jauh).

Kali terakhir kami jumpa (sebelum semalam) pada 30jan10 lepas semasa umi ct semester selama seminggu (cuti start 230110). Tapi, umi x terus pulang ke kampong sebab nak tunggu majlis pemakaian pangkat abi pada 260110. Alhamdulillah syukur yang x terkira, rezeki daripada Allah untuk keluarga baru kami. Abang baru saja mendapat pekerjaan tetap sebagai anggota ATM (Darat) bawah KAGAT.

Sebelum ni setelah tamat ijazah di kuis pada akhir ‘08, abang mengajar sebagai guru GSTT di sekolah Agama di kajang selama hamper setahun sampai nov ’10. Setelah mendapat tawaran dari ATM ni, abang berhenti mengajar… Takpalah…abi lebih meminati bidang ini. Umi berdoa agar abi berjaya dalam apa jua perkara yang abi lakukan…amin.

Hari ni (070210) abi kena bertolak ke penang, kem askar melayu bayan lepas, sbb abi kena lapor diri di unit esok. Mulanya umi nk ikut sekali tapi abi tak bagi ikut sekali sebab mulanya nak bertolak malam tadi tapi, semuanya x tersedar masa yang nak bertolak 2. Iyelah, badan kita pun memerlukan tidur yang cukup tuk memulakan pekerjaan hari esok…
Abi bertolak ke penang dari kajang (umah sewa adik) selepas subuh tadi dalam pukul 0648 (ikut masa sms yang abi hantar). Sebelum 2 abi call kejut umi solat subuh sebab umi ingat kan abi dah bertolak semalam. Umi pun tidur awl juga semalam sebelum pukul12. Itu yang x sms abi sebelum dia betolak…

Semasa umi baru je nak menulis entry ni, tetiba abi tepon cakap nak singgah UIA (gembiranya dalam hati dapat jumpa abi lagi) nak datang ambik buku… malang tu x berbau kan…tapi bagiku semua itu ujian Allah menguji sejauh mane kesabaran kita… tiba2 semasa umi tengah asyik menulis separuh dari entry ini abi call (sebelum 2 umi sms abi dh sampai mane, sbb lama sgt nk sampai UIA) bagitahu kereta ada masalah sikit…sebab kecuaian kita juga… “takpa lah…abi jangan marah2, tak baik…bersabar” itu sahaja yang umi mampu cakap kat abi masa abi call. Abi dan adik sekarang ni tgh tunggu orang datang tgk kereta…

mudah2an Allah permudahkan segala urusan abi (doa umi setiap waktu)… Abi bukan marah sebenarnya, tapi risau takut x dapat lapor diri esok…nanti terpaksa buat surat tunjuk sebab dll… Bersabar ye wahai suamiku…Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar…amin.

Bersambung…

Saturday, February 6, 2010

Awalul Kalam...

Assalamualaikum wbt...

Salam ukhuwwah buat rakan2 blogger yang len. Tujuan daku mencipta blog ini cuma sekadar tempat untukku mencoretkan aktiviti dan perkembangan harianku...mungkin bakal anakku nti dapat membaca coretan abi dan umi mereka,he3=)

Di samping tu, daku jg ingin berkongsi apa jua informasi yang berguna sesama kita. Erm, lagipun kerja dakwah tu kan harus berjalan dalam apa jua situasi dan keadaan. nak2 lagi, sekarang ni perkembangan teknology (blog, facebook, etc) sedikit sebanyak membuka lembaran baru dalam mencari alternative lain bagi menyampaikan dakwah. Cuma di situ ada pros & cons nya. Itu semua terpulang pada kita untuk memanfaatkan nya pada jalan yang betul...

Semoga kita semua dapat memberi manfaat kepada masyarakat...Semoga Allah sentiasa membantu kita dalam usaha2 kebaikan yang kita lakukan...Amin.